55 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Mei 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis mengiringi seramai 55 pendatang Yahudi menyerbu dan menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa hari ini.

Pencerobohan pertama berlaku dari jam 7:00 pagi sehingga 10:30 pagi, manakala segerombolan 12 pendatang Yahudi yang lain menceroboh pada waktu tengahari dan melakukan ritual agama mereka di atas tapak suci umat Islam itu.

Kebelakangan ini kumpulan pelampau yang digelar “pertubuhan Temple Mount” melancarkan kempen melalui media sosial bagi menyeru pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa bagi meraikan penubuhan negara haram Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts