BAITULMAQDIS, 12 Sep 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 47 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah pagi tadi.
Mereka berarak di perkarangan tapak suci itu sambil melakukan ritual Talmud.
Sementara itu sembilan anggota polis dan perisikan Zionis turut menceroboh masuk.
Puluhan lagi pendatang Yahudi menunggu untuk menceroboh masuk pada sesi kedua selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.
(PIC)