560 kanak-kanak al-Quds ditahan sejak awal 2016

AL-QUDS, 16 Ogos 2016 (Maan) — Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, Issa Qaraqe, hari ini mengumumkan bahawa tentera Zionis telah menahan seramai 560 orang kanak-kanak Palestin di al-Quds sejak awal tahun 2016.

110 orang daripada mereka, termasuk empat orang perempuan, masih merengkok dalam penjara dan 10 lagi sedang ditahan dalam pusat tahanan juvana.

Sebahagian daripada tahanan tersebut berumur di bawah 12 tahun.

Menurut Issa, walaupun pihak rejim telah membebaskan sebahagian besar kanak-kanak tersebut, 60 orang daripadanya masih dikenakan hukuman tahanan dalam rumah.

Ketika dalam penjara, kanak-kanak Palestin dikenakan berbagai bentuk penderaan fizikal dan psikologi, serta diserang dan dipukul sehingga cedera. Mereka yang sakit atau cedera dibiarkan tanpa rawatan.

Ahli keluarga dilarang mengiringi mererka ketika disoal siasat. Sementara itu mahkamah Zionis mengenakan yuran guaman yang terlampau tinggi kepada keluarga kanak-kanak tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts