57 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi segerombolan 46 pendatang dan 11 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Para penceroboh berarak dan berlegar di tapak suci umat Islam itu, dengan melakukan ritual Talmud dan mendengar syarahan tentang “sejarah Kuil Yahudi” yang didakwa pernah berdiri di situ.

Pasukan polis Zionis kebelakangan ini meningkatkan sekatan ke atas para jemaah yang memasuki Masjid al-Aqsa, terutama sekali di waktu pagi. Polis merampas kad pengenalan para jemaah bagi memastikan mereka tidak berada di dalam masjid untuk tempoh yang lama, serta menangkap mereka yang cuba menghalang pencerobohan pendatang Yahudi.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts