570 penduduk Baitulmaqdis dikurung dalam penjara Zionis

BAITULMAQDIS, 17 Apr 2018 — Laporan jawatankuasa keluarga tahanan di Baitulmaqdis mendedahkan bahawa seramai 570 penduduk kota suci itu sedang dikurung dalam penjara Zionis, di mana 53 daripada mereka menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Antara tahanan tersebut adalah Samir Abu Ni’ma yang ditahan sejak 1986, dan Wael Qasem yang menjalani hukuman 35 kali penjara seumur hidup dengan tambahan 50 tahun lagi.

Menurut laporan tersebut, Mohamed Taha merupakan kanak-kanak yang dikenakan tahanan paling lama iaitu selama 11 tahun. Manakala Shorouq Dweikat yang dikenakan hukuman selama 16 tahun merupakan tahanan wanita paling lama.

Mohammed Houshiyeh, 14, yang dikurung sejak dua tahun lalu adalah tahanan paling muda. Tahanan wanita paling muda adalah Manar Shweiki, 18, yang sedang menjalani hukuman selama enam tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts