AL-QUDS, 29 Mac 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis mengiringi segerombolan 58 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud di situ pagi tadi.
Pencerobohan ini berlaku hanya dua hari selepas seorang arkeologis Yahudi cuba mencuri batu bersejarah dari tapak suci umat Islam itu, menyebabkan 11 orang pengawal masjid yang cuba menghalang arkeologis tersebut ditangkap oleh polis Zionis. Lima daripada mereka akan didakwa di mahkamah.