AL-KHALIL, 28 Nov 2016 (PIC) — Enam beradik dari keluarga Abu Ramouz iaitu Muadh, Ataa, Ibrahim, Mohamed, Mahmoud, dan Thaer Sa’id, sedang merengkok dalam penjara dan pusat tahanan Zionis.
Muadh dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan telah menjalani hukuman tersebut selama tujuh tahun sebelum dibebaskan dalam pertukaran tawanan Wafa al-Ahrar. Namun beliau ditangkap semula pada tahun 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun.
Adiknya Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama satu-setengah tahun.
Manakala Ataa, Ibrahim, Mohamed, Mahmoud, dan Thaer Sa’id Abu Ramouz kini masih dikurung dalam pusat-pusat tahanan Zionis.