6 diculik kerana disyaki terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan

RAMALLAH, 17 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin dari Tebing Barat malam tadi, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Sepanjang malam, tentera Zionis memburu pemuda-pemuda di bandar Azzoun di timur Qalqilya dan menutup laluan-laluan masuk utama ke bandar tersebut. Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata secara rambang ke arah penduduk, dan mendakwa bahan letupan buatan sendiri telah dibaling ke arah kenderaan peronda tentera.

Sekatan jalan dibina di semua laluan-laluan kawasan antara Azzoun, Qalqilya dan Azabet al-Tabib, di mana penduduk disekat dan diperiksa.

Pada masa yang sama, tiga penduduk Palestin dari Beit Lahm diarah hadir ke pusat-pusat interogasi untuk disoal siasat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts