RAMALLAH, 19 Julai 2016 (PIC) — Enam daripada 22 orang jurnalis Palesitn yang ditahan oleh rejim Zionis dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan atau pendakwaan.
Persatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan mereka hari ini mendedahkan jurnalis terbabit termasuk Malik al-Qadi dari Beit Lahm. Beliau yang merupakan graduan Jurnalism dari Uiversiti al-Quds telah melancarkan mogok lapar sejak lima hari berturut-turut.
Jurnalis lain yang dikenakan hukuman tersebut adalah Hassan al-Safadi dari al-Quds, Mohammad al-Qadoumi dari Ramallah, dan Ali al-Uwaiwi, Musab Qafisheh serta Adib al-Atrash, semuanya dari al-Khalil.