6 nelayan Gaza diculik tentera Zionis

GAZA, 2 Sep 2018 — Pasukan tentera laut Zionis menculik enam nelayan Palestin ketika mereka belayar di perairan Deir al-Balah di wilayah tengah Gaza malam tadi.

Kenyataan persatuan nelayan Gaza menyebut bahawa segerombolan bot-bot tentera Zionis mengejar sebuah bot nelayan milik Mohamed Abu Reyala, menangkap semua awak-awak sebelum merampas bot tersebut.

Mangsa-mangsa adalah Zaki Ibrahim al-Najjar, Ahmad Mahmoud Abu Ryala, Mahmoud Jihad Abu Awda serta adiknya Muhammad Jihad Abu Awda, Jihad Muhammad Abu Awda, dan Muhammad Bahjat Abu Awda.

Tentera Zionis turut melepaskan tembakan ke arah bot-bot lain, memaksa mereka pulang ke pantai.

(PIC, Maan, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts