6 pemuda al-Quds diculik

AL-QUDS, 1 Julai 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik enam pemuda Palestin di al-Quds tanpa memberi sebarang alasan petang semalam.

Lima daripada mereka ditangkap dan diculik di sekatan Jaba di utara al-Quds, di mana pasukan tentera memaksa mereka keluar dari sebuah kenderaan dan memeriksa mereka sebelum dilarikan ke tempat yang tidak diketahui.

Seorang lagi diculik di Kota Lama.

Dalam pada itu, pasukan polis Zionis menyerang masuk daerah Silwan di selatan Masjid al-Aqsa, menyekat laluan dan memecah masuk beberapa buah rumah. Tiada tangkapan dilaporkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts