6 pemuda Baitulmaqdis diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 21 Jan 2019 — Polis penjajah Zionis pagi semalam mengharamkan enam pemuda Palestin daripada memasuki kawasan tapak suci Masjid al-Aqsa untuk tempoh dari empat hingga enam bulan.

Larangan selama enam bulan dikenakan ke atas tiga pengawal masjid iaitu Ahmad Abu Alia, Fadi Elyyan, dan Luay Abu al-Saad. Manakala pengawal Yahya Shehada dan Salman Abu Mayyala diharamkan memasukinya selama empat bulan. Sementara seorang pegawai pergerakan Fatah, Awad al-Salaima, turut dilarang masuk untuk tempoh selama enam bulan.

Pengharaman tersebut merupakan susulan kepada larangan terdahulu ke atas mereka, selepas insiden cubaan seorang anggota polis Zionis menceroboh masuk ke dalam Kubah as-Sakhra’ minggu lalu. Polis Zionis menyerang pengawal masjid yang menutup pintu masuk Kubah as-Sakhra’ untuk menghalang anggota polis tersebut masuk.

Polis Zionis menutup Kubah as-Sakhra dan menghalang para jemaah masuk utnuk mendirikan solat Zuhur. Ratusan ahli jemaah berkejar ke tempat kejadian dan berjaya menghalau pasukan polis keluar.

Beberapa orang pengawal masjid ditangkap ketika keluar dari Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts