6 penduduk Palestin, aktivis Korea cedera dalam perhimpunan di Kafr Qaddum

QALQILIYA, 7 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis mencederakan enam orang penduduk Palestin dan seorang aktivis wanita dari Korea di perkampungan Kafr Qaddum, Qalqiliya, ketika mereka menyertai pehimpunan aman meraikan ulang tahun keenam bantahan terhadap penjajahan Zionis yang diadakan setiap hari Jumaat.

Peserta perhimpunan ditembak dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom pelali, di mana seorang mangsa cedera di bahagian kepala dan aktivis wanita tersebut ditembak dengan peluru getah. Mereka dikejarkan ke Hospital Rafidia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts