6 Penduduk Palestin Cedera Diserang Tentera Dan Pendatang Yahudi

NABLUS, 14 Nov 2017 — Seramai enam penduduk Palestin cedera diserang oleh tentera Zionis dan segerombolan pendatang Yahudi di bandar Kafr Qallil di selatan kota Nablus malam tadi.

Pendatang Yahudi menyerbu kawasan tinggi Kafr Qallil dan membaling batu ke arah penduduk, sehingga mencetus pertempuran dengan para pemuda Palestin. Tentera Zionis berkejar ke tempat kejadian untuk membantu pendatang Yahudi.

Petugas ambulan Bulan Sabit Merah memberi bantuan perubatan kepada empat pemuda yang cedera dalam pertempuran tersebut.

Dua lagi penduduk Palestin cedera apabila kenderaan yang mereka naiki dibaling batu oleh pendatang Yahudi di sekatan Huwara di selatan Nablus.

(Sumber: PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts