6 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 10 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan, di Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Di selatan al-Khalil, tentera Zionis menculik pemuda Yazan Lafi dari kem pelarian al-Aroub. Manakala di Beit Lahm, dua pemuda diculik iaitu Mahmoud Ibrahim al-Seir, 22, dan Mutasem Muhammad al-Arrouj, 21.

Manakala di Baitulmaqdis, pemuda Radi al-Dado telah diculik.

Bekas tahanan Aqel Shteiwi, 30, diculik dari Qalqilya dan pemuda Arwa Wijad Qabha diculik dari Jenin.

Sejumlah wang tunai turut dirampas oleh tentera Zionis. Di samping itu, tentera mendakwa telah menjumpai dan merampas senjata ketika menggeledah rumah keluarga seorang tahanan.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts