6 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 31 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat.

Laporan tentera Zionis menyebut mereka menjumpai sepucuk senjata buatan sendiri dalam operasi tersebut.

Seorang penduduk, Laith Muhammad Ali Abu Hamdeh, 25, diculik selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya di bandar Zeta, utara wilayah Tulkarem.

Juga di Tulkarem, tentera Zionis menyerbu kawasan Shwika buat kari kedua berturut-turut di mana puluhan rumah, kedai dan bangunan dipecah masuk dan digeledah, sambil diserang dengan gas pemedih mata dan grenad pelali.

Sementara di wilayah Nablus, pemuda Saif Qassem Hamdan, 25, diculik dari perkampungan Burqa dan empat buah rumah dipecah masuk di perkampungan Kafr Qalil.

(Maan, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts