6 penduduk Palestin diculik di al-Quds dan Tebing Barat

TEBING BARAT, 18 Ogos 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera Zionis di seluruh Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Tentera Zionis menceroboh masuk kawasan Kafl Hares di bandar Salfit pada jam 2:30 pagi dan menculik Abdul Rahman Shakour, 22, setelah memecah masuk dan menggeledah rumah beliau. Beliau diheret ke lokasi yang tidak diketahui dalam keadaan digari dan ditutup mata.

Bandar Jaba’ di wilayah Jenin turut dimasuki, di mana tentera Zionis menggeledah rumah dan mencuri barang kemas penduduk serta mendulik pemuda Ahmad Rafiq Kan’an.

Seorang lagi pemuda diculik di bandar Bani Na’im di timur wilayah al-Khalil.

Tentera Zionis turut memasuki kem pelarian Aida di utara kota Beit Lahm dan mengarah seorang kanak-kanak dari keluarga al-Kurdi supaya hadir untuk disoal siasat.

Manakala di al-Quds, seorang pemuda Palestin dipukul secara agresif dan kemudian ditangkap berdekatan Rockfeller Garden.

Wilayah Nablus turut dimasuki oleh tentera Zionis ketika pesawat pemantau berlegar di udara. Laluan masuk utama ke kota Nablus ditutup sepanjang malam.

Semua yang diculik dituduh terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts