6 penduduk Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis, termasuk pelajar sekolah, diculik

RAMALLAH, 14 Sep 2020 — Sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin termasuk seorang pelajar sekolah diculik oleh pasukan bersenjata Zionis hari ini.

Di Ramallah dan Qalqilya, dua penduduk diculik termasuk pelajar sekolah menengah Saleh al-Rifa’ei, 17, dari perkampungan Kafr Ein.

Tentera Zionis menyerbu bandar Deir Sammit dan menculik Mohamed al-Sharawneh, 36, selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya. Beberapa rumah lain turut dipecah masuk.

Di kota al-Khalil pula, pemuda Khalil Assous yang berasal dari bandar Dura diculik ketika menuju ke tempat kerja beliau di Wilayah Palestin 1948, dan diheret ke penjara Ofer.

Sementara di kota Baitulmaqdis, seorang pemuda ditangkap dari kejiranan at-Tur di timur Kota Lama dan seorang warga emas Abdul-Rahim Barbar diculik dari rumahnya di daerah Silwan di selatan Masjid al-Aqsa. Polis Zionis turut menyerbu perkampungan Anata di timur kota Baitulmaqdis, memecah masuk dan menggeledah rumah Mahmoud al-Ashqar tanpa membuat sebarang tangkapan.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts