6 Penduduk Tebing Barat Diculik

RAMALLAH, 26 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah serta menculik enam penduduk Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.

Dua beradik yang berumur 19 dan 25 tahun ditangkap bersama seorang pemuda berumur 17 tahun selepas tentera memcah masuk rumah mereka di bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm.

Tentera Zionis turut memasuki kawasan penduduk Palestin di wilayah Ramallah, Qalqilya, Nablus dan al-Khalil.

Penduduk Palestin di bandar Azzoun turut diserang, di mana tentera Zionis memyerbu masuk kawasan tersebut dan menutup semua laluan masuk sebelum memecah masuk dan menggeledah rumah.

Sementara itu seorang bekas tahanan yang juga aktivis mahasiswa Universiti Birzeit, Osama Mafarja, diculik oleh tentera Zionis di sebuah sekatan jalan berdekatan bandar Beit Our di selatan Ramallah.

(Sumber: PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts