6 Penduduk Tebing Barat Diculik

JENIN, 9 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik enam penduduk Palestin setelah memecah masuk rumah mereka di Jenin dan Tulkarem di utara Tebing Barat awal pagi tadi.

Di Jenin, puluhan askar Zionis menyerbu beberapa kawasan kejiranan di bandar Qabatiya dan menculik empat lelaki dari rumah mereka. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Jawad Kamil, Mustafa Zakarneh, Mahmoud Zakarneh dan Ahmed Abul-Rub.

Tentera Zionis juga menyerbu bandar Ya’bad di selatan Jenin dan membina sekatan jalan di laluan utama. Namun tiada tangkapan dibuat.

Manakala di Tulkarem, dua penduduk diculik dari rumah mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts