6 penduduk Tebing Barat termasuk 3 kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 21 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, dari wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.

Di Baitulmaqdis, tiga orang iaitu Amir Shalloudi, Anas Darwish dan Yousef Mustafa diculik dari bandar al-Isawiya. Manakala di al-Khalil, tentera Zionis menculik Ahmad Arafat Gheith.

Di utara Tebing Barat, dua kanak-kanak iaitu Nidal Salim, 15, dan Abdullah ar-Rabie diculik dari Qalqilia namun dibebaskan semula beberapa jam kemudian.

Seorang lagi kanak-kanak, Nidal Safwan Salim, 15, diculik dari bandar ‘Azzoun di timur Qalqilia di samping Nasser Thieb Odah, 53, yang diculik dari bandar Kafr Thulth.

Manakala di Tulkarem, Mohammad Adnan Tabbal diculik dari bandar Deir al-Ghosoun.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts