6 tahanan Palestin sedang mogok lapar dalam penjara

RAMALLAH, 22 Julai 2018 — Semakin ramai tahanan Palestin menyertai kempen mogok lapar yang dilancarkan oleh rakan mereka, Hasan Shouka, sejak 50 hari lalu sebagai membantahan penahanan tanpa sebarang pendakwaan serta pengadilan dalam penjara Zionis.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan hari ini, tahanan Islam Jawarish, Mahmoud Ayyad dan Issa Awad telah menyertai mogok sejak 18 hari lalu. Manakala Anas Shadid dan Omar Abu Shkheidem memulakan mogok pada hari Khamis, 19 Julai.

Mahmoud Ayyad, 30, telah dikurung sejak 5hb Mac 2017, dan beliau sebelum itu pernah dipenjara dalam tahun 2005, 2009 dan 2014. Manakala Islam Jawarish, 29, telah ditangkap pada 2 Februari 2017, di mana tempoh tahanan pentadbiran ke atas beliau telah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Mereka kini mengalami masalah sakit dan pening kepala, di samping kesakitan di bahagian perut dan sendi. Mereka juga enggan mengambil makanan tambahan atau menjalani rawatan pemeriksaan.

Pihak perkhidmatan penjara Zionis terus memberi tekanan kepada mereka supaya menghentikan mogok lapar.

Kira-kira 430 penduduk Palestin sedang dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan, termasuk dua orang kanak-kanak dan juga Ahli Parlimen wanita, Khaleda Jarrar.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts