BAITULMAQDIS, 4 Dis 2018 — Pasukan keselamatan khas Zionis mengiringi 60 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.
Mereka berarak secara provokatif dalam beberapa gerombolan berbeza, serta mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang mereka dakwa pernah berdiri di situ.
Pencerobohan Yahudi ke atas tapak suci umat Islam itu meningkat sehingga 75% sepanjang tahun 2017, iaitu mencecah seramai 24,628 orang.
(PIC)