60,000 Yahudi dipindahkan dari kota Haifa kerana kebakaran besar

HAIFA, 24 NOv 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis hari ini memindahkan lebih 60,000 penduduk dari 12 kompleks penempatan Yahudi di kota Haifa kerana ancaman kebakaran besar yang semakin merebak sejak Selasa lalu.

Terdahulu, pihak rejim turut memindahkan pendatang Yahudi dari penempatan haram Talmon di utara al-Quds. Universiti Haifa turut dikosongkan.

Setakat ini 100 orang dilaporkan cedera, kebanyakannya akibat sesak nafas.

Kebakaran kini merebak ke kawasan pelabuhan di utara Haifa dan sekurang-kurangnya 230 titik panas dikesan di seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Atas permintaan pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu, pasukan yang lengkap dengan peralatan dan pesawat memadam api tiba dari Rusia, Itali, Turki, Cyprus, Crotia dan Greece untuk membantu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts