61 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Dis 2016 (PIC) — Segerombolan 48 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan khas Zionis pagi tadi.

Kumpulan lain seramai 13 orang pendatang menceroboh masuk melalui pintu al-Maghareebah pada waktu tengahari dan berada di perkarangan masjid sambil mendengar penerangan tentang “kuil impian” mereka sehinggalah para jemaah selesai mengerjakan solat Zuhur.

Dalam kejadian lain, Jabatan Antikuiti Zionis membina pagar di tanah perkuburan Islam Bab al-Rahmah bersebelahan Masjid al-Aqsa bagi menghalang penduduk Palestin mengkebumikan jenazah di situ. Tanah wakaf yang menjadi kawasan perkuburan sejak ratusan tahun itu dirampas untuk projek penempatan Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts