BAITULMAQDIS, 15 Julai 2018 — Segerombolan 62 pendatang Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah pagi tadi.
Mereka mencemari tapak suci itu selama empat jam, sebelum gerombolan seterusnya menceroboh masuk dalam shif kedua selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.
Pihak polis Zionis membawa para penceroboh Yahudi masuk dalam dua sesi setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu; sesi pertama bermula jam 7:00 pagi dan sesi kedua selepas masuk waktu solat Zuhur.
(PIC)