63 Remaja Yahudi Enggan Sertai Tentera Zionis

TEL AVIV, 28 Dis 2017 — Kira-kira 63 orang remaja Yahudi dari seluruh wilayah negara haram itu enggan mendaftar sebagai anngota pasukan tentera Zionis atas alasan pencabulan hak asasi oleh pasukan bersenjata itu.

Media Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Perang Avigdor Lieberman, Menteri Pendidikan Naftali Bennett dan Ketua Staf tentera Gadi Eizenkot, remaja-remaja tersebut mendakwa keputusan mereka adalah berdasarkan kepada “komitmen mereka kepada nila-nilai keamanan”.

Mereka turut mempersoal Tembok Pemisah, sekatan ke atas Gaza dan penempatan haram dalam wilayah yang terjajah, yang didakwa sebagai memisah-misahkan penduduk Palestin.

Remaja-remaja terbabit juga mengajak pelajar-pelajar sekolah menengah supaya memboikot pasukan tentera sehinggalah pasukan bersenjata itu keluar dari wilayah Tebing Barat.

Salah seorang daripada mereka, Matan Helman, 20, yang turut menanda-tangani surat tersebut kini ditahan dalam penjara apabila enggan menyertai pasukan tentera.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts