65 kanak-kanak al-Quds dikenakan tahanan dalam rumah sejak awal 2016

AL-QUDS, 29 Jun 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis menghukum tahanan dalam rumah ke atas 65 kanak-kanak Palestin di al-Quds, sementara 12 yang lain dikenakan tahanan pentadbiran tanpa berbicaraan, sejak awal tahun 2016.

Jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam kenyataan mereka mendedahkan bahawa 18 kanak-kanak al-Quds yang lain dibuang daerah dalam tempoh yang sama.

Kini seramai 440 kanak-kanak Palestin merengkok dalam penjara dan pusat tahanan Zionis. Setiap tahun, dari 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin didakwa di mahkamah tentera Zionis.

Dalam hampir 90% kes tahanan, ibubapa mereka tidak dimaklumkan tentang penahanan anak mereka, dan 97% sesi soal siasat dijalankan tanpa kehadiran ibubapa atau peguam.

60% daripada kanak-kanak yang ditahan dipindahkan ke penjara dan terpaksa menunggu sehingga tiga bulan sebelum keluarga mereka dibenarkan melawat.

Tiga per empat kanak-kanak terbabit didera ketika dalam tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts