65 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 April 2018 — Segerombolan 65 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Tentera Zionis menutup Pintu al-Maghareba pada jam 11:00 pagi bagi memastikan keselamatan para penceroboh di atas tapak suci umat Islam itu. Mereka berarak di perkarangan al-Aqsa selama empat jam, sambil melakukan ritual Talmud.

Dalam pada itu, tiga orang penjaga Masjid al-Aqsa diarah hadir ke pusat tahanan al-Qashla untuk disoal-siasat pagi tadi. Khalil al-Tarhouni, Luai Abu al-Sa’d dan Fadi Iliyyan perlu hadir semula untuk disoal siasat pada hari Selasa, bersama dua lagi penjaga yang sebelum ini diharamkan memasuki al-Aqsa selama seminggu.

Semalam, polis Zionis menghalau pekerja Jabatan Wakaf, Raed Zaghir, keluar dari kawasan Masjid al-Aqsa dan mengharamkan beliau memasukinya semula untuk tempoh selama seminggu.

Sekitar 250 penjaga masjid, kebanyakannya pemuda, membantu mengawal Masjid al-Aqsa sepanjang masa bagi memastikan tapak suci itu tidak dirosakkan oleh Yahudi.

(PIC, Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts