65,000 penduduk Gaza masih tidak mempunyai tempat tinggal

GAZA, 7 Sep 2016 (PIC) — 65,000 penduduk Gaza masih lagi tidak mempunyai tempat tinggal dan terpaksa berteduh di dalam rumah bergerak sementara yang dibuat menggunakan kontainer, atau di rumah-rumah sewa.

Ahli Parlimen Jamal al-Khudari dalam kenyataan beliau semalam mendesak kerajaan Mesir dan Norway supaya memberi tekanan ke atas pihak berkuasa Zionis bagi membenarkan bahan binaan di bawa masuk ke Gaza.

Hanya sebanyak 3,000 buah rumah daripada 12,000 yang musnah sama sekali dalam serangan tentera Zionis pada tahun 2014 lalu telah berjaya dibina semula. Manakala sebanyak 950 buah kilang yang ranap musnah masih tidak dapat dibina semula.

Dalam pada itu, Jamal melihat rancangan rejim Zionis bekerjasama dengan kerajaan Belanda untuk membekal tenaga dan air ke Gaza, termasuk dengan membina saluran paip gas asli, hanyalah satu mesej propaganda.

Beliau menegaskan bahawa sekatan ke atas Gaza mesti dihentikan dan semua pintu sempadan dibuka tanpa sebarang syarat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts