655,000 Pendatang Yahudi Tinggal Di Atas Tanah Palestin Di Tebing Barat

NABLUS, 4 Nov 2015 (PIC) — Bilangan pendatang Yahudi yang tinggal di atas tanah Palestin di Tebing Barat kini mencecah 655,000 orang. Gandaan bilangan mereka ini menunjukkan sikap angkuh rejim Zionis mencabul ketetapan masyarakat antarabangsa.

Pegawai Palestin yang bertanggung jawab dalam memantau aktiviti penempatan haram Yahudi di utara Tebing Barat, Ghassan Douglas, dalam kenyataan media beliau menyebut bahawa pihak berkuasa Zionis hari ini telah mengeluarkan notis untuk merobohkan sebanyak 10 buah rumah Palestin di Nablus, yang menjadi tempat tinggal kepada 70 orang penduduk, sebagai langkah awal untuk menyerahkan kawasan tersebut kepada pendatang Yahudi.

Menurut Ghassan, 10 penempatan Yahudi dibina secara haram di atas tanah penduduk Palestin di perkampungan Jalud selepas ratusan penduduk diusir keluar. Puluhan rumah penduduk Palestin dirobohkan atas alasan pembinaan tanpa kebenaran, sedangkan kebanyakan rumah tersebut sudah dibina sebelum wujudnya negara haram Zionis di atas tanah Palestin yang mereka jajah.

Ghassan menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera bertindak untuk menghentikan polisi rejim Zionis merobohkan rumah penduduk Palestin. Beliau menyeru diadakan protes secara aman di perkampungan Jalud bagi membantah polisi diskriminasi kaum dan kezaliman ke atas penduduk Palestin. Penduduk Jalud tidak lagi dapat masuk mengerjakan tanah pertanian mereka kerana sehingga 85% kawasan mereka telah dirampas oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts