6,730 penduduk Palestin ditangkap sejak tercetusnya Intifadah al-Quds

RAMALLAH, 4 Julai 2016 (MEMO) — Rejim penjajah Zionis telah menangkap seramai 6,730 orang dan mengeluarkan arahan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas penduduk Palestin sejak tercetusnya Intifadah al-Quds Oktober lalu.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Palestin semalam menyebut bahawa 180 daripada mereka yang ditangkap dituduh menghasut melalui laman media sosial.

Sementara itu, seramai 65 orang kanak-kanak dikenakan hukuman tahanan dalam rumah dan 18 yang lain dibuang daerah sejak awal tahun ini.

Jawatankuasa PLO bagi Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan seramai 3,445 orang ditangkap sepanjang enam bulan pertama tahun ini, di mana kadar tangkapan tersebut meningkat sehingga 50% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2015.

Jumlah tersebut termasuk 712 orang kanak-kanak dan 102 wanita. Ia juga melibatkan 113 penduduk Gaza, di mana 98 daripadanya adalah nelayan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts