68 pekerja Palestin ditangkap, seorang tercedera

AL-KHALIL, 26 Ogos 2018 — Seorang pekerja Palestin tercedera dan sekurang-kurangnya 68 yang lain ditangkap selepas dikejar oleh tentera Zionis ketika mereka menuju ke tempat kerja di wilayah Baitulmaqdis.

Pekerja-pekerja terbabit terpaksa mengambil risiko untuk menyara hidup keluarga dan memasuki Baitulmaqdis tanpa mendapat permit daripada rejim Zionis.

Mangsa yang tercedera, seorang pemuda berumur 20 tahun dari bandar Yatta di selatan al-Khalil, dirawat oleh tentera Zionis sebelum ditangkap bersama pekerja-pekerja lain. Semua mangsa dibawa ke lokasi rahsia untuk diinterogasi.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts