69 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Ogos 2017 — Pasukan keselamatan khas Zionis menceroboh masuk dan mengepung perkarangan Masjid al-Aqsa, sebelum membawa masuk 69 pendatang Yahudi melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Para penceroboh melakukan ritual agama mereka di atas tapak suci umat Islam itu di samping mendengar syarahan tentang sejarah kuil Yahudi.

Pada masa yang sama, seramai 15 pegawai perisik Zionis turut menceroboh masuk sebelum sekumpulan lagi pendatang Yahudi menceroboh pada sesi kedua pada jam 11:00 pagi.

(Maan, Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts