7 diculik, 2 cedera dalam serbuan tentera Zionis di Tebing Barat

RAMALLAH, 30 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerbu dan penyerang penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi, mencederakan dua orang dan menculik tujuh yang lain, termasuk dua orang kanak-kanak.

Dalam kejadian di bandar Nahalin di barat Beit Lahm, seorang remaja cedera ditembak dengan peluru hidup, mencetuskan pertempuran sehingga merebak ke seluruh bandar.

Di tengah kesengitan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom pelali, tentera Zionis memecah masuk rumah penduduk Mohammed Shakarna. Seorang anak lelaki beliau tercedera ditembak dengan peluru hidup dan dikejarkan ke sbeuah hospital.

Tentera Zionis kemudian menculik Ali Najajra, 16, dan Saif al-Din Najajra, 17,

selepas memecah masuk rumah mereka di Nahalin. Lima lagi pemuda diculik dari al-Khalil dan Jenin.

Rumah-rumah penduduk Palestin di kem pelarian al-Jalazone turut dipecah masuk.

Peronda tentera Zionis turut menyerbu bandar Madama di selatan Nablus dan memasang sekatan jalan di laluan timur menuju ke kota Qalqilya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts