7 pemuda Palestin, 2 askar Zionis cedera dalam pertempuran di Silwan

RAMALLAH, 9 Okt 2016 (Maan) — Tujuh pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru getah dalam pertempuran ketika pasukan tentera Zionis menyerang rumah Syahid Mishbah Abu Sbeih di perkampungan al-Ram di kota al-Quds.

Tentera memecah masuk rumah keluarga Mishbah, yang berasal dari Silwan, dan menyoal siasat keluarga beliau selepas insiden tembakan yang membunuh seorang polis Zionis dan seorang pendatang Yahudi di kota al-Quds.

Dua orang askar Zionis dilaporkan cedera dibaling dengan batu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts