7 penduduk al-Quds dan Tebing Barat diculik

RAMALLAH, 7 Mei 2017 (PIC) — Seramai tujuh penduduk Palestin diculik dari rumah mereka di beberapa wilayah Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Dua daripada mereka berasal dari bandar Anata berdekatan al-Quds, empat yang lain dari kota Beit Lahm dan seorang lagi dari bandar Dura di wilayah al-Khalil.

Tentera turut merampas sebuah kereta yang didakwa digunakan dalam serangan bom Molotov di penempatan haram Majdal Oz.

Sementara itu beberapa orang penduduk cedera sesak nafas dalam pertempuran dengan tentera Zionis di kota Tulkarem di utara Tebing Barat awal pagi tadi. Ketika kejadian, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk di Dunaba dan kem pelarian Tulkarem sehingga mencetus pertempuran.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis memukul dan menculik pemuda Plaestin, Ikrima Khatatba, dari sebuah bas awam di sekatan Beit Furki di timur Nablus apabila mereka mendapati beliau membawa sebilah pisau cukur.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts