7 penduduk cedera dalam pertempuran di al-Quds

AL-QUDS, 27 Sep 2017 — Sekurang-kurangnya tujuh orang penduduk Palestin cedera apabila tentera Zionis menyerang masuk dan mengepung perkampungan Biddu di wilayah al-Quds, sehingga mencetus pertempuran dengan kumpulan pemuda Palestin.

Tentera Zionis menutup laluan masuk utama ke Biddu, mengasingkan perkampungan tersebut dari kota Ramallah dan bandar serta perkampungan sekitarnya.

Tentera Zionis juga menyerbu Pusat Perubatan al-Karmel untuk memburu mangsa yang cedera dan dirawat di situ.

(Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts