7 penduduk Palestin diculik

BEIT LAHM, 18 Apr 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di beberapa wilayah Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.

Tiga orang dari daerah Beit Sahur, Hausan dan Beit Fajar di wilayah Beit Lahm. Dua yang lain ditangkap dari kota al-Khalil dan kem al-Aroub di utara wilayah al-Khalil. Manakala dua lagi ditahan dari Nilin di barat wilayah Ramallah.

Terdahulu, polis Zionis mendakwa telah menggagalkan cubaan menikam berdekatan Masjid Ibrahimi di al-Khalil setelah menangkap dua pemuda Palestin yang dikatakan membawa peralatan tajam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts