7 Penduduk Palestin Termasuk Kanak-Kanak Diculik

RAMALLAH, 5 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik tujuh penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak berumur 15 tahun, dari beberapa lokasi di Tebung Barat malam tadi.

Mereka turut merampas wang tunai berjumlah ribuan shekels dari sebuah rumah di Jenin, dengan mendakwa wang tersebut akan disalurkan kepada pertubuhan anti-penjajah.

Lima orang diculik setelah tentera memecah masuk rumah-rumah penduduk di bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil dan juga kem pelarian Balata di timur wilayah Nablus. Kanak-kanak Ahmed Alkam, 15, turut menjadi mangsa.

Pada masa yang sama tentera Zionis mengarah Wael Kaabi dan anak lelakinya Nidhal supaya hadi ke pejabat penyiasat Zionis di Hawara.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts