7 Penduduk Tebing Barat Diculik

AL-KHALIL, 2 Nov 2017 — Seramai tujuh penduduk Palestin diculik dari beberapa kawasan di wilayah al-Khalil dan bandar Qabatiya di wilayah Jenin awal pagi tadi.

Tentera Zionis menyerang masuk bandar Beit Ummar di al-Khalil dan menculik empat pemuda bekas tahanan, termasuk dua beradik, dari rumah mereka sebelum dilarikan ke pusat tahanan Etzion. Mereka turut meneyrbu kem pelarian al-Arroub serta memecah masuk rumah syuhada Omar Madhi dan menculik adiknya Hasan.

Seorang lagi pemuda, Anas al-Harrini, diculik dari kota Yatta di selatan al-Khalil.

Dalam kejadian lain tentera Zionis memecah masuk beberapa buah bengkel di kota al-Khalil dan bandar Beit Fajjar untuk merampas peralatan bernilai ratusan ribu dollar, atas tuduhan diguna untuk membuat senjata.

Di wilayah Jenin, tentera Zionis memecah masuk rumah di beberapa kejiranan dalam bandar Qabatiya, dan menculik pemuda Ahmed Abul-Rab selepas menggeledah rumahnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts