7 tahanan Palestin teruskan mogok lapar

AL-KHALIL, 1 Nov 2016 (PIC) — Tujuh tahanan Palestin meneruskan mogok lapar dalam penjara Zionis sebagai membantah layanan buruk serta tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Tahanan terbabit adalah Anas Shadid, Ahmed Abu Fara, Mus’ab Manasra, Majed Abu Shamla, Hassan Rabayaa, Samer Issawi, dan Munther Sanawbar.

Samer Issawi yang berasal dari al-Quds dan Munther Sanawbar dari Nablus melancarkan mogok lapar bagi mendesak pihak penjara Zionis menghentikan layanan buruk ke atas tahanan wanita Palestin dan membenarkan doktor melawat tahanan yang sakit. Mereka turut mendesak supaya larangan lawatan keluarga ke atas beberpa orang tahanan dimansuhkan.

Tahanan pentadbiran merupakan satu prosedur yang membenarkan tentera Zionis menahan penduduk Palestin selama enam bulan hanya bersandarkan maklumat rahsia, tanpa mengenakan sebarang pendakwaan atau pengadilan. Tempoh tahanan tersebut boleh dilanjutkan atau diperbaharui tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts