70% kedai peniaga Palestin bakal ditutup kerana cukai terkumpul

BAITULMAQDIS, 30 Sep 2018 — Pengarah Pusat Ekonomi dan Hak Sosial Baitulmaqdis, Ziad Hamouri, melaporkan bahawa rejim Zionis terus mengenakan cukai dan caj hutang terkumpul ke atas peniaga-peniaga Palestin, sebagai langkah untuk menghalau mereka keluar dari kota suci itu.

Langkah tersebut kini memberi kesan kepada 70% kedai-kedai dan hartanah yang ada di Kota Lama.

Lebih 250 buah kedai di Kota Lama telah ditutup kerana cukai hartanah yang dikenakan oleh rejim Zionis, di mana sebahagiannya telah dirampas.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts