70% sisa bom tentera Zionis di Gaza masih aktif

GAZA, 27 Jan 2016 (Alray) — Lebih setahun selepas serangan brutal tentera Zionis ke atas penduduk Gaza pada musim panas 2014, 70% sisa bom yang dijatuhkan ke wilayah tersebut masih aktif dan menjadi ancaman kepada penduduk.

Laporan UNRWA semalam menyebut bahawa dianggarkan sebanyak 7,000 sisa bahan letupan (unexploded ordnance, UXO) masih tidak meletup. Hanya 30% UXO telah berjaya dimusnahkan, manakala baki 70% masih membawa ancaman ke atas penduduk Gaza, terutama bagi kanak-kanak dan petani yang mengerjakan tanah kebun mereka.

Seramai 16 orang terkorban dan 90 orang tercedera, termasuk 38 kanak-kanak, dalam insiden melibatkan UXO sejak berakhirnya serangan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts