70 Terkorban Di Rafah, Angka Korban Terkini 1,810 Orang

rafahGAZA, 3 Ogos 2014 (Maan) — Angka korban keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza pada hari ke-27 mencecah sekurang-kurangnya 120 orang. Lebih 70 daripada mangsa tersebut ditemui Rafah, sehari selepas tentera Zionis mengebom habis-habisan daerah tersebut.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf al-Qidra, angka korban keseluruhan setakat ini adalah seramai 1,810 orang, manakala hampir 10,000 mengalami berbagai bentuk kecederaan termasuk kecacatan kekal.

Serangan tentera Zionis masih berterusan sungguhpun mereka sudah mula berundur dari bandar-bandar utama yang mereka masuki di Gaza. Antaranya, mereka telah menyerang sebuah sekolah PBB (UNRWA) di mana ribuan penduduk Gaza menumpang berteduh, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa. Seorang penduduk Gaza juga terbunuh apabila kereta yang dinaiki menjadi sasaran serangan tentera Zionis di kejiranan Janeina, Rafah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts