LONDON, 26 Apr 2017 (MEMO) — Data terbaharu yang dikeluarkan oleh tentera Zionis menunjukkan seramai 7,000 orang askar gagal meneruskan tugasan mereka atas alasan kesihatan dan psikologi.
Ia turut mendedahkan bahawa 22% telah meninggalkan khidmat ketenteraan mereka, iaitu 14.6% dari kalangan askar lelaki dan 7.4% wanita.
Penduduk Yahudi diwajibkan menyertai khidmat tentera selepas tamat sekolah menengah, menyebabkan ramai yang menghantar anak mereka belajar di luar negara.