71 penduduk Palestin meninggal dunia didera ketika dalam tahanan

RAMALLAH, 27 Jun 2016 (MEMO) — Sekurang-kurangnya 71 penduduk Palestin meninggal dunia akibat penderaan ketika dalam tahanan Zionis sejak tahun 1967.

Kenyataan Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan yang diterbitkan semalam menyebut puluhan yang lain meninggal dunia tidak lama selepas dibebaskan, akibat kesan penderaan yang mereka tanggung ketika dalam tahanan. Tidak kurang juga yang mengalami kecacatan fizikal dan psikologi yang berkekalan.

“Zionis mengamalkan penderaan fizikal dan psikologi yang unik dan luar biasa, dan ia merupakan satu-satunya negara yang membenarkan penderaan di dalam penjara dan kem tahanan serta mempertahankan pelakunya,” jelas Abdel Nasser Farwana, ketua unit dokumentasi dan kajian bagi jawatankuasa tersebut.

Menurut data jawatankuasa itu, 100% tahanan Palestin terdedah kepada salah satu daripada 80 bentuk penderaan psiko-fizikal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts