722 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa sejak awal Ramadan

AL-QUDS, 23 Jun 2016 (PIC) — Seramai 722 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa sejak bermulanya bulan Ramadan 1437H.

Laporan statistik yang dipetik dari Quds Press menunjukkan kadar pencerobohan meningkat sepanjang bulan Ramadan.

Namun kenyataan pihak polis Zionis menyebut bahawa pendatang Yahudi tidak akan dibenarkan memasuki tapak suci umat Islam itu mulai hari Ahad sepanjang 10 hari terakhir Ramadan, kerana lebih ramai para jemaah akan berkunjung ke masjid dalam tempoh tersebut.

Polis penjajah bagaimanapun terus mengenakan sekatan bagi penduduk Palestin dan mengharamkan seramai lapan orang, termasuk pengawal dan ahli jawatankuasa penyelengaraan masjid, memasuki al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts