73 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 14 Ogos 2017 — Lebih 73 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah, dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci itu sambil mendengar syarahan tentang Kuil Sulaiman.

Sementara itu ahli parlimen Zionis, Yehuda Glick, berkunjung ke kawasan Pintu al-Asbat berdekatan Masjid al-Aqsa untuk membantah larangan ke atas Ahli Parlimen daripada memasuki kawasan masjid suci itu.

Menurut pertubuhan pelampau Yareah, yang merancang untuk memusnahkan al-Aqsa bagi membina Kuil Ketiga mereka, sekurang-kurangnya 17,000 Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Iskam itu di antara bukan Julai dan Oktober, mencatat peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun lalu.

(PIC, Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts