AL-QUDS, 26 Apr 2016 (PIC) — 75 orang pendatang Yahudi pagi tadi menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa melalui Pintu Magharibeh, buat hari ketiga berturut-turut sejak bermulanya musim perayaan Paskah Yahudi.
Para murabitun bagaimanapun berjaya menghalau beebrapa orang pelampau tersebut apabila mereka cuba melakukan ritual di perkarangan masjid. Atas tekanan para murabitun, pihak polis Zionis terpaksa membawa Yahudi terbabit keluar kerana tindakan mereka yang menimbulkan ketegangan itu.